resepi kek sarang semut tanpa perlu perap@peram
resepi kek sarang semut @ kek gula hangus sukatan cawan
bahan-bahan untuk kek sarang semut
- 4 biji telur (gred b)
- 1/2 cawan susu pekat manis
- 1 sk esen vanila
- 1 cawan tepung gandum
- 2 sk soda bikarbonat
- 1 sk baking powder
*satukan semua bhn-bhn di atas & ayak bersama
wajib cuba: resepi kek pandan kukus
bahan-bahan untuk gula hangus
- 1 cawan gula pasir
- 1 cawan air panas
- 1/2 cawan butter/marjerin (abam pkai butter brand anchor)
Cara-cara untuk buat kek sarang semut
*buat adunan kek terlebih dahulu, kemudian baru sediakan
gula hangus yer
1. Dlm bekas, pecahkan 4 biji telur
2. Masukkan susu pekat manis. Kacau-kacau manja shj. Tak perlu pakai mixer,
boleh pkai spatula/whisk tgn jerr
3. Masukkan esen vanilla
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kacau-kacau manja
lg sehingga semuanya sebati.
Masa ni, uolls dh boleh nampak, adunan membentuk byk buih-buih kecil, itu
tandanya soda bikarbonat tgh ‘bekerja’ dan akan dpt kek yg berongga nanti
5. Ketepikan adunan
6. Dlm periuk yg lain, masukkan gula pasir. Masak sehingga
keperangan (jgn smpai hangit yer)
wajib cuba : resepi puding santan gula merah
7. Masukkan air panas
8. Masukkan butter/marjerin. Tunggu sehingga butter/marjerin
cair sepenuhnya
9. Tuang gula hangus yg masih panas TERUS ke dlm adunan kek
tadi. Kacau hingga sebati
10. Tuang ke dlm loyang yg telah digriskan
11. Bakar pd suhu 180 degree celcius, api atas bwh selama 50
minit/sehingga kek masak
12. Siap!
Tips untuk kek sarang semut menjadi cantik
1. Guna soda bikarbonat yg masih aktif/OK krn soda
bikarbonat laa yg akan membuatkan kek uolls cantik berongga. Semasa membancuh
tepung, soda bikarbonat yg aktif/OK akan membentuk byk buih-buih yg kecil di
dlm adunan (rujuk pd gambar)
2. Gula hangus yg masih panas akan mengaktifkan soda
bikarbonat utk ‘bekerja’. Sebab tu adunan kek tidak perlu diperap/diperam lagi.
Yeay!
3. Baking powder ditambah bagi melembutkan tekstur kek. So
uolls akan dpt kek yg lembut + kenyal
4. Pkai loyang yg kecil & tinggi utk adunan di atas.
Sekiranya loyang besar dan lebar, boleh gandakan sukatan.
5. Pre-heat oven selama 15-20 minit sblm membakar kek
6. Potong kek secara melintang supaya dpt potongan kek yg berongga
resepi dan gambar kredit to : khairol hasrol@abamfleursdidapo
Comments
Post a Comment